Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Terengganu. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
2. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN G29
3. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pada tahun 1959, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu telah ditubuhkan di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959. Antara tanggungjawab Suruhanjaya ialah melantik, mengesahkan dalam jawatan, mengesah dan memasukkan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tata-tertib terhadap pegawai-pegawai di dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri.

Tujuan dan kewajipan Suruhanjaya yang utama ialah memastikan pegawai-pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas dengan cergas dan lancar. Bagi memastikan perkara ini wujud, maka calon-calon yang dilantik ke sesuatu jawatan adalah yang terbaik tanpa mengamalkan perbezaan warna kulit, ugama atau bangsa. Suruhanjaya juga akan menimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan akuan dan syor-syor Ketua-ketua Pejabat sepertimana yang ditetapkan dalam Fasal 38 dan Tertib Jawatan Am Penggal A.

Bagi tindakan tatatertib, Suruhanjaya menjalankan tugas seperti mana yang telah ditentukan dalam Tertib Jawatan Am Penggal D. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu ini telah dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan selain melancarkan pengurusan jabatan kerajaan negeri Terengganu.

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu.

Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam – Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah ketujuh di negeri Terengganu.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 30 Ogos 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam