Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Mac 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Mac 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Kelantan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29
5. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
7. PENGAWAS HUTAN GRED G19
8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
9. PELUKIS PELAN GRED JA19
10. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19
11. PEMBANTU SYARIAH GRED LS19
12. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
13. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Mac 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Mac 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 27 Mac 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam