Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Sarawak. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. PENOLONG JURUTERA JA29
4. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29
5. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) JA19
6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
7. PEMBANTU PENGUAT KUASA
8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19
10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
11. PEMBANTU TADBIR TANAH NT19
12. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19
13. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19
14. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
15. PEMBANTU AWAM H11
16. PEMANDU KENDERAAN H11
17. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963.

Pada 16 September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) maka SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Di bawah Artikel 35(1), keanggotaan SPANS terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.
Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:

Pelantikan;
Pengesahan dalam jawatan;
Pemberian taraf tetap dan berpencen;
Kenaikan pangkat;
Perpindahan tempat bertugas;
Mengawal disiplin kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak

Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3), perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan.

Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations 2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa tempatan. Ini selaras juga dengan Public Service Commision (Additional Functions) Ordinance, 2001.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 30 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam