Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Sabah. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. JURUTERA JA41
2. PEGAWAI VETERINAR GV41
3. PEMANDU KENDERAAN HA11
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR NA29
5. PEMBANTU LAUT AA19
6. PEGAWAI PENYELIDIK QA41
7. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GA29
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.

Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.

Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur.

Visi

Perkhidmatan Awam Negeri yang berwibawa dan serba boleh yang dapat memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Misi

Memilih anggota Perkhidmatan Awam yang terbaik;
Memastikan perkhidmatan mereka teratur; dan
Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.

Fungsi-Fungsi

Pelantikan;
Pengesahan Jawatan;
Pemberian Taraf Berpencen;
Kenaikan Pangkat;
Pertukaran; dan
Kawalan Tatatertib anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Objektif

Memastikan urusan pengambilan, pelantikan, perkhidmatan dan tindakan tatatertib Pegawai Awam Negeri dilaksanakan dengan adil, saksama, tepat, cepat dan efisien.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 7 Ogos 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam