Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September 2019

Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September 2019
Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September 2019. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong SPRM 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Penolong Pegawai Siasatan Gred P29

SPRM jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah.

Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia September 2019

Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.

Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN).

Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982.

Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN.

Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

SPRM

Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.

Dengan itu juga, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 telah digantikan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2009 bersama-sama penguatkuasaan Akta SPRM 2009.

Transformasi BPR kepada SPRM bukan pada nama semata-mata. Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kebebasan dan ketelusan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia, sekaligus menangkis persepsi negatif terhadap entiti pencegahan rasuah ini yang sebelumnya dianggap tidak bebas dan tidak telus.

Justeru itu, mekanisme ‘check and balance’ diwujudkan melalui pembentukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) bersama-sama penubuhan SPRM dengan fungsi untuk memantau, menasihati serta memastikan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya ini dilaksanakan dengan cekap, berkesan, bebas dan telus.

Keanggotaan bagi kelima-lima entiti bebas ini dipilih dari kalangan individu berintegriti yang cemerlang dalam perkhidmatan dan profesion masing-masing.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SPRM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 27 September 2019.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam