Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah November 2019

Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah November 2019
Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah November 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah November 2019. Job postings melibatkan lokasi negeri Kedah. Jawatan Kosong SUK Kedah 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pereka Grafik
  2. Jurufotografi

Kedah jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah November 2019

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke – 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman ‘Pleistocene’ lagi.

Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.

Asal-usul Nama Kedah

Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.

Asal Nama Kedah – Arab dan Parsi

Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai ” Kilah” (Ibnu Khurdadhbih 846) atau “Kalah” (Ibnu Muhalhal, 941) atau “Qalha”, “Qalha” ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (di sempadan Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).

Asal Nama Kedah – Penulisan Sanskrit

Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai “Kataha” atau “Kadara” dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai “Kadaram” atau “Kalagam”. “Kadaram” bermakna kuali besar dan “Kalagam” pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan “Kheddah” yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. “Kedah” yang bermakna gelas berkaki.

Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan “Kedah” untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang­ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.

Asal Nama Kedah – Unsur China

Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 – 665) Kedah disebut sebagai “Langgasu” atau ” Langa” (atau Langkasuka). Dari penulisan I-Ching (kurun ke-7) Kedah kerapkali pula disebut sebagai “Chiah-Chin” atau “Kie Ta’a”ataupun “Kieteha”. Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi.

Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang.

Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 – 916) Kedah disebut sebagai “Kora” atau “Kola”. Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga “Sri Pura” dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SUK Kedah. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 28 November 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam