Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. KERANI INSURANS (30 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kami adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

PUSPAKOM telah mencapai pertumbuhan dan perubahan yang mampan. Kami mengembangkan rangkaian kami ke seluruh negara bagi memastikan pusat pemeriksaan kami berdekatan dengan anda.

Pada hari ini, PUSPAKOM mempunyai 55 Pusat Pemeriksaan di seluruh negara yang juga memberikan perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan, dan melakukan lebih dari 3 juta pemeriksaan setiap tahun. PUSPAKOM diberikan konsesi selama 15 tahun buat kali kedua oleh kerajaan pada tahun 2009, dan kami berada di landasan pengembangan dan penambahbaikan berterusan yang akan memenuhi keperluan populasi permotoran negara yang meningkat dengan pesat. Kami berbangga dengan tugas kami dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan mengikut piawaian antarabangsa dan kami juga menyokong industri pengangkutan di Malaysia.

Visi
Untuk menjadi agensi pemeriksa kenderaan yang diiktiraf dunia.

Misi
Kami menjadikan pengangkutan jalan raya lebih selamat.

Pemeriksa Kenderaan kami adalah terlatih dan berkelulusan dalam Diploma Pemeriksaan Kenderaan dan Sijil Pemeriksaan Kenderaan dengan kerjasama daripada Universiti DRB-HICOM Automotif Malaysia (DHU). Pemeriksa Kenderaan kami adalah berpengalaman dan mahir untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan secara profesional. Kami memupuk persekitaran yang menggalakkan pembelajaran dan pembangunan yang berterusan bagi meningkatkan keupayaan dan potensi warga kerja kami.

Untuk memastikan keselamatan kenderaan yang terbaik, kami menitik beratkan kerja kami, dan memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik kepada pelanggan kami. Setiap sumbangan dari warga kerja kami adalah bernilai ke arah mencapai wawasan yang kami kongsi bersama.

Permohonan Jawatan Kosong PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia Mac 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di PUSPAKOM Sdn Bhd Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 7 Mac 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam