Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019
Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019. Pos Malaysia career melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan kosong Pos Malaysia 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Senior Associate, Special Audit (Investigation)
  2. Associate II, Strategic Relationship & Resolution Management
  3. Associate II, Special Audit (Investigation)
  4. Posmen Mini Hub
  5. Konstabel Polis Bantuan (Lelaki)
  6. Senior Associate, SAP Technical Support
  7. Senior Consolidation Analyst
  8. Engineer

Pos Malaysia Berhad jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Pos Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019

Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya. Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.

Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901. Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda.

Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos). Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan penyertaan secara aktif di dalam pertubuhan antarabangsa agar seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi. Antara lain, ia menjadi ahli Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada 17 Januari 1958, satu penyertaan di mana Malaysia menjadi ahli yang dinamik sehingga ke hari ini. Setelah negara melangkah ke abad 21, perkhidmatan pos di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dan tingkahlaku pelanggan yang sering berubah.

Awal tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah mencipta sejarah dengan membuat perubahan besar sejajar dengan kebebasan perniagaan. Dengan kebebasan, muncul pula satu cabaran yang lebih hebat. Berdepan dengan persaingan yang kompetitif, Pos Malaysia Berhad memulakan perjalanannya dengan mengukuhkan operasinya melalui pengasingan perniagaan yang terdiri daripada empat unit utama Perniagaan Strategik yang dinamakan PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad Februari 2019 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pos Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 28 Februari 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam