Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Science Lab Assistant
2. English Lecturer
3. Marketing Officer

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein Al Haj. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara.

Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Sehingga tahun 2015, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 278 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 869,622 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.

Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Kini, hasil daripada kecekapan dan kepakaran Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan, NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui 10 buah anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, NAFAS Agri Services Sdn Bhd, NAFAS Jentera Sdn Bhd, NAFAS Estates Sdn Bhd, NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd, NAFAS Food Processing & Marketing Sdn Bhd, Saby Sdn Bhd, NAFAS Modal Insan Sdn Bhd, Malaysian NPK Fertilezer Sdn Bhd dan NAFAS Taj Agro (M) Sdn Bhd.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS selaku apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang diseluruh negara.

Permohonan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 10 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam