Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Disember 2019

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Disember 2019
Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Disember 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Disember 2019. Job postings melibatkan lokasi negeri Selangor. Jawatan Kosong NAFAS 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Finance Manager
  2. Internal Audit Manager
  3. Videografer
  4. Pereka Grafik
  5. Content Provider
  6. Penyunting

Pertubuhan Peladang Kebangsaan jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. NAFAS vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan.

Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan Disember 2019

Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Sehingga tahun 2018, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 279 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 881,684 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan

Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Kini, hasil daripada kecekapan dan kepakaran Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan, NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd., NAFAS Jentera Sdn. Bhd., NAFAS Agri Services Sdn. Bhd., NAFAS Plastic Industries Sdn. Bhd., NAFAS Estates Sdn. Bhd., NAFAS Food Processing & Marketing Sdn. Bhd., Malaysian NPK Fertilezer Sdn. Bhd., NAFAS Modal Insan Sdn. Bhd., NAFAS Taj Agro (M) Sdn. Bhd., Agro Edaran Sdn. Bhd., NAFAS Feedmills Sdn. Bhd., NAFAS Sialin Sdn. Bhd. dan P.T NAFASINDO.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS selaku apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang di seluruh negara.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Pertubuhan Peladang Kebangsaan 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di NAFAS. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 5 January 2020.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam