Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia Januari 2019

Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia Januari 2019
Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia Januari 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia Januari 2019. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan kosong Perpustakaan Negara Malaysia yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pembantu Pustakawan Gred S19

Perpustakaan Negara Malaysia jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Perpustakaan Negara Malaysia career mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Fungsi utama Perpustakaan Negara Malaysia pada ketika itu adalah untuk melaksanakan tugas seperti yang terkandung dalam Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966. Kerajaan berpandangan jauh dan inginkan rakyat Malaysia membangun dengan budaya ilmu sebagai aset utama negara.

Justeru, objektif dan fungsi PNM diperkukuhkan dengan pewartaan Akta Perpustakaan Negara 1977 (Akta 80) yang membolehkan Perpustakaan Negara diiktiraf sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan pada tahun 1977 bagi melaksanakan tanggungjawab dalam hal-ehwal berkaitan pembangunan perpustakaan di Malaysia serta penyuburan budaya ilmu.

Fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara 1972 (Akta 80) (Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006) Perkara 4.(1) adalah seperti berikut:
(a) Menasihati Menteri tentang polisi negara bagi perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain berhubungan dengan perpustakaan.
(b) Memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan.
(c) Memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan negara dan juga suatu koleksi representative di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul.
(d) Menubuhkan di dalam perpustakaan :
(i) Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima.
(ii) Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan.
(iii) Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan manuskrip Melayu.
(e) Menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman.
(f) Menyediakan kemudahan di dalam perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai:
(i) Titik tumpuan negara bagi sistem maklumat negara.
(ii) Pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan diperingkat kebangsaan dan sejagat.
(g) Menggalakkan dan meyelaraskan perkembangan dan pengunaan sumber perpustakaan di negara ini.
(h) Menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya.
(i) Menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya.
(j) Menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara perpustakaan.
(k) Mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara perpustakaan.
(l) Menyediakan lathan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan.
(m) Menggalakan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca.
(n) Bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan Bahasa Malaysia.
(o) Bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan perpustakaan.
(p) Meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada perpustakaan.
(q) Melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut dalam seksyen 3.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia Januari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perpustakaan Negara Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 27 Januari 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam