Jawatan Kosong Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan Mac 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan Mac 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan Mac 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Perbadanan Labuan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Tadbir N29

Jawatan Kosong Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Ia merupakan suatu agensi pentadbiran yang bertindak dibawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

PL bertanggungjawab secara kolektif dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kemandirian Wilayah Persekutuan Labuan. Antara aspek yang berada dalam tanggungjawabnya termasuklah kesihatan awam dan sanitasi, pengurusan sisa pepejal bandar, pengurusan sisa buangan bersepadu, perancangan bandar, pemuliharaan alam sekitar, kawalan bangunan dan premis perniagaan, lesen perniagaan dan penjaja, pengurusan fungsi kawalan bandar dan infrastruktur awam dan pelancongan.

Ibu pejabat Perbadanan Putrajaya terletak di Wisma Perbadanan Labuan dekat Jalan Dewan, Bandar Labuan. PL juga mempunyai bangunan lain diantaranya Menara Perbadanan Labuan dekat Jalan OKK Awang Besar. Perbadanan Labuan mula ditubuhkan pada 1 Julai 2001 dibawah akta 609, Akta Perbadanan Labuan 2001. Ia ditubuhkan diatas penggabungan dua agensi kerajaan iaitu Labuan Development Authority atau Pihak Berkuasa Pembangunan Labuan (LDA) dan Majlis Perbandaran Labuan (MPL).

Fungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 – Akta Perbadanan Labuan 2001 adalah seperti berikut :

(a) Memajukan dan merangsang Wilayah Persekutuan Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan bebas duti dan pusat perdagangan;

(b) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(c) Memajukan, merangsang dan megusahakan perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(d) Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(e) Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(f) Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

(g) Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(h) Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online melalui laman web Perbadanan Labuan. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 20 Mac 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam