Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Putrajaya. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. JURUTERA PENYELENGARAAN BANGUNAN/FASILITI
2. PEMBANTU JUALAN TIKET

Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perbadanan Putrajaya merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ia diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Hasim bin Ismail.

Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan melalui beberapa perintah dan pemberitahuan, iaitu:

Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Kerajaan Tempatan 1976) 2002
Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974) 2002
Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pengubahsuaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976) 2010

Objektif Perbadanan Putrajaya adalah :

Objektif Perbadanan adalah untuk membangun, mentadbir dan mengurus kawasan Perbadanan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan

Fungsi Perbadanan Putrajaya adalah untuk :

Menjalankan segala kuasa kerajaan tempatan di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
Menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti-aktiviti yang bersifat komersil yang perjalanannya didapati oleh Perbadanan adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya
Mengawalselia, menyelaras dan mengusahakan pembangunan termasuk pembangunan infrastruktur, di dalam Kawasan Perbadanan Putrajaya
Mengawal dan menyelia perlaksanaan aktiviti di kawasan Perbadanan Putrajaya
Bertindak sebagai ejen Kerajaan Persekutuan
Pentadbir tanah Kawasan Perbadanan Putrajaya

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Putrajaya Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 16 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam