Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi Negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PENGURUS PEMANTAUAN PELABURAN WA41/ GRED N41
2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
3. PENOLONG JURUTERA (PENYELIA TAPAK) JA29
4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
6. PENOLONG JURUUKUR JA29
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
10. PEMBANTU AWAM H11

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.

Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.

Bagi merealisasikan masa depan yang lestari, ibu pejabat baharu Laman PKNS dibina sebagai mercu tanda ikonik, satu simbol progresif dan dinamik dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Rekabentuknya memenuhi ciri-ciri Indeks Bangunan Hijau ( GBI ) dengan senibina yang saling melengkapi kedamaian tasik Shah Alam.

Piagam Pelanggan PKNS menuntut setiap anggotanya ” sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang mesra, produktif, proaktif, berkesan dan menghasilkan produk pembangunan hartanah yang berkualiti ” di dalam bidang Perkhidmatan Kontrak, Perkhidmatan Perolehan & Pengurusan Aset, Perkhidmatan Jualan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Perkhidmatan Kaunter.

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor April 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 10 April 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam