Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. AKAUNTAN WA52
2. PENJAGA ELEKTRIK J22
3. PENERBIT RANCANGAN B51/B52
4. PENERBIT RANCANGAN B41
5. PENERBIT RANCANGAN B29
6. PEREKA B29
7. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
9. PEMANDU KENDERAAN H11
10. PEMBANTU OPERASI N11
11. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) merupakan hasil keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional yang ditubuhkan oleh kerajaan pada 26 Julai 1980 untuk merangka cara-cara bagi memajukan perusahaan filem di Malaysia.

Hasil dari cadangan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (atau FINAS) ditubuhkan pada 1981, dan mula beoperasi di Jalan Ampang kemudian berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang pada 19 Disember 1988, ketika Tan Sri Abdul Samad Idris menjadi pengerusi Finas.

Bermula dari tarikh 27 Disember 2004, FINAS kemudiannya diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Finas terbabit dengan penggalakkan perfileman di Malaysia, dan dengan perlaksanaan Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 turut memancu aktiviti pengeluaran filem dan video tempatan. Finas juga turut menubuhkan Akademi Filem pada 1987, yang bertujuan bagi memberikan latihan formal jangka pendek, peringkat sijil dan diploma kepada golongan karyawan yang berminat dalam bidang perfileman. Selain itu pengeluar-pengeluar filem tempatan juga menikmati galakan kewangan kerajaan di bawah Skim Pemberian Galakan melalui Cukai Hiburan.

Bagi menggalakkan perfileman di Malaysia, Finas turut memberikan bantuan dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sewaan alat kelengkapan penggambaran serta kemudahan produksi filem, dewan pratonton dan studio. Pihak kerajaan turut membantu pengeluar-pengeluar filem tempatan dengan menawarkan potongan 50% kepada iklan-iklan di televisyen kerajaan oleh Kementerian Penerangan.

Pihak kerajaan juga telah menguatkuasakan syarat Wajib Tayang mulai Januari 1991 dalam usaha membangunkan industri perfileman Malaysia yang ditadbir urus oleh Finas.

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Mac 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 9 Mac 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam