Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Pulau Pinang. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19
2. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. PEMBANTU AWAM H11

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Negeri ini di bawah pemerintahan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (sebelum ini dikenali sebagai Gabenor) dan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Pentadbir Negeri Pulau Pinang memainkan peranan utama dari segi pentadbiran dan diketuai oleh
Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan bertanggungjawab kepada TYT Yang di-Pertua Negeri dan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. TYT Yang di- Pertua Negeri yang pertama adalah Raja Y.A.M Sir Uda Raja Muhammad manakala Ketua Menteri yang pertama adalah Y.A.B. Tan Sri Wong Pow Nee.

Pentadbir Negeri Pulau Pinang yang pertama merupakan seorang berbangsa Inggeris iaitu Mr. H. R. Ellis yang menerajui Pentadbiran Negeri Pulau Pinang mulai 6 September 1957. Pentadbir bangsa Melayu pertama yang mengambil alih tunggak pentadbiran dari bangsa Inggeris pada 25 April 1960 adalah Encik Abdullah bin Kulop Udi.

Sebelum kemerdekaan, Pentadbiran Kerajaan Negeri dikenali sebagai Pejabat Setiausaha Negeri (PSUN). Sejurus selepas pentadbiran negeri diperkukuhkan, PSUN telah bertukar nama kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (PSUK).

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang pertama berpusat di Ban Hin Lee Bank, Lebuh Pantai (Beach Street) dan beroperasi sehingga tahun 1963. Kemudian ia telah berpindah ke Bangunan Tuanku Syed Putra, 10 Lebuh Downing (Downing Street). Pada 22 Disember 1983, PSUK sekali lagi berpindah ke Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sehinggalah sekarang.

Permohonan Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 28 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam