Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018. Pasir Gudang career melibatkan lokasi Johor. Jawatan kosong MPPG 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Jurutera JA29
2. Penolong Pegawai Tadbir N29
3. Penolong Pegawai Penilaian W29
4. Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) N19
5. Pembantu Akauntan W19
6. Penjaga Jentera Elektrik j19
7. Pembantu Awam H11

Majlis Perbandaran Pasir Gudang jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Majlis Perbandaran Pasir Gudang vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018

Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MPPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.

Sejarah penubuhan MPPG ini bermula pada 1 Julai 1977 apabila Majlis Bandaran Pasir Gudang ditubuhkan melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan bagi mentadbir dan memajukan kawasan Majlis Bandaran Pasir Gudang ini dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.

Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Mulai 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju PBT Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118).

Johor Corporation telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari 1 Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.

Apabila PBT Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

Dua orang pegawai Johor Corporation telah dipinjamkan sebagai Yang DiPertua dan Setiausaha MPPG bagi mentadbir MPPG dalam tempoh peralihan, iaitu Tuan Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Johor Corporation telah dilantik sebagai Yang DiPertua dan Encik Mohamad Mazlan Bin Ali, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation dilantik sebagai Setiausaha MPPG.

Mulai 1 September 2009 tampuk pengurusan MPPG berhijrah ke era baru apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pentadbiran MPPG daripada Johor Corporation dengan menempatkan dua orang Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu Tuan Haji A. Rahim Bin Nin sebagai Yang DiPertua dan Encik Za’nal Bin Haji Misran sebagai Setiausaha bagi mentadbirkan MPPG.

Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli majlis telah dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon. Peranan ahli majlis adalah sebagai penghubung di antara masyarakat setempat dengan pengurusan MPPG.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pasir Gudang Oktober 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 29 Oktober 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam