Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Perbandaran Manjung. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Arkitek J41
2. Jurutera J41
3. Akauntan WA41
4. Pegawai Tadbir N41
5. Penolong Pegawai Tadbir N29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.

Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan.

Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan.

Misi

Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan efisien ke arah perbandaran yang kondusif, selamat dan harmoni berteraskan pembangunan mampan.

Visi

Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif,makmur dan terunggul.

Matlamat Utama

Mewujudkan kawasan perbandaran yang selesa, selamat dan harmoni melalui pembinaan keupayaan (Capacity Building) yang berterusan dalam pelbagai bidang.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Manjung Perak April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web MPM. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Manjung Perak. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 17 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam