Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Selangor. Jawatan kosong MPKj yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Akauntan WA41
  2. Penolong Pegawai Tadbir N29
  3. Pembantu Tadbir (P/O) N19
  4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  5. Pembantu Akauntan W19
  6. Pembantu Penilaian W19
  7. Pembantu Juruaudit W19
  8. Pembantu Kesihatan Awam U19
  9. Pemandu Kenderaan H11
  10. Pembantu Awam H11

Majlis Perbandaran Kajang jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. MPKj career mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1hb. Januari 1997. Sebelum dinaiktaraf Perbandaran, MPKj dikenali sebagai Majlis Daerah Hulu Langat yang mana ianya telah beroperasi sejak 1hb. Januari 1986 di bawah Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kawasan pentadbirannya meliputi Mukim Kajang, Mukim Cheras, Mukim Semenyih , Mukim Beranang & Mukim Hulu Langat.

Rasionalnya, penubuhan MPKj adalah sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dinamik di mana dapat merancang dan membangunkan kawasan Kajang secara pesat & teratur. Ia berikutan pertambahan penduduk di Mukim Kajang yang semakin pesat dari tahun ke tahun. Selain itu penubuhan MPKj bersesuaian kerana semakin banyak pembukaan kawasan-kawasan perumahan & pembangunan projek mega di sekitar kawasan pentadbiran MPKj.

Majlis Perbandaran Kajang kini mempunyai beberapa rangkaian pejabat-pejabat kecil / pejabat cawangan iaitu di Bandar Tun Hussein Onn Cheras dan Hentian Kajang Jalan Reko. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang adalah seluas 78,761 hektar (787.61 km persegi).

Majlis Perbandaran Kajang Selangor

Majlis Perbandaran Kajang sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sentiasa berusaha mensejahterakan hubungan dengan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan adalah pemegang berkepentingan yang menyusun dasar-dasar yang merangkumi pelbagai aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan untuk digunapakai oleh PBT seluruh negara termasuk MPKj.

MPKj dan Bandar Kajang memiliki beberapa keunikan serta faktor pembeza. Sate Kajang adalah jenama komersial di seluruh negara dan juga luar negara. Dari segi geografinya, Kawasan MPKj disempadani Kuala Lumpur yang merupakan pusat perdagangan Malaysia dan Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran negara. Selain itu, MPKj dikelilingi oleh 3 Negeri di semenanjung iaitu Pahang Darul Makmur, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Kawasan MPKj juga beruntung kerana di dalamnya terdapat pelbagai Institut Pengajian Tinggi yang menjadikannya berpotensi tinggi sebagai Bandar Keilmuan yang memberi manfaat kepada warganya.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang Februari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di MPKj. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 1 Februari 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam