Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA KP41
2. PENOLONG JURUTERA JA29
3. PEMBANTU TADBIR P/O N19
4. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19 – 03 Kekosongan
5. PENGHANTAR NOTIS N11
6. PEMANDU KENDERAAN H11

Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai ” Kubang Pasu Darul Qiyyam ” atau ” Negeri Yang Teguh Berdiri “.

Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya terletak bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara di mana daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web MDKP. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Daerah Kubang Pasu Kedah. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 24 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam