Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Daerah Bachok (MDBachok). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
3. Pembantu Penguatkuasa KP19
4. Pemandu Kenderaan H11
5. Pembantu Awam H11

Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan.

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu.

Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi. Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.

Objektif:

Mempertingkatkan perkhidmatan kepada orang ramai dengan lebih meluas dan memuaskan.

Memperteguhkan kewangan majlis sesuai dengan tarafnya sebagai organisasi yang berotonomi kewangan.

Memperkemaskan jentera pentadbiran majlis supaya menjadi Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan yang berkesan.

Mempertingkatkan keindahan dan kebersihan kawasan majlis.

Mempertingkatkan keupayaan majlis dalam merancang dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial.

Memperhebatkan penglibatan masyarakat dalam Program Pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh majlis.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Bachok Januari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Daerah Bachok (MDBachok). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 18 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam