Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG JURUTERA JA29

Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di luar negara iaitu di UK (London), USA (Washington), Indonesia (Jakarta), German (Frankfurt), Australia (Sydney), Ireland (Dublin), Mesir (Iskandariah) dan Russia (Moscow).

VISI KORPORAT

Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

MISI KORPORAT

Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

OBJEKTIF

Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
Melahirkan modal insan global dan berintegriti
Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
Memudahkan sistem penyampaian

STRATEGI

Mendaya Modal Insan
Memantapkan Pemilikan Ekuiti Dalam Sektor Korporat
Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan
Meperhebatkan Keusahawanan & Perniagaan
Memantapkan Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat Malaysia September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Amanah Rakyat. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 11 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam