Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019. Job postings melibatkan lokasi Perak. Jawatan Kosong MAIPk 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)

Majlis Agama Islam Perak jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Majlis Agama Islam Perak vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (“Federated Malay States”) yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu (“Treaty of Federation”) pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam (“Islamic Affair”) dan Adat Melayu (“Malay Custom”) hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019

Dari sudut sejarah, undang-undang tertua berhubung hal ehwal agama Islam yang telah dikuatkuasakan di Negeri Perak ialah Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan (“Ninety nine Laws of Perak”) yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuat kuasa undang-undang tersebut. Adalah dipercayai, undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan Al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni Al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar (1887 hingga 1916).

Kemudiannya, pada tahun 1900, satu undang-undang yang dinamakan Undang-Undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Berikutan itu, sebuah bangunan telah didirikan di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar untuk dijadikan sebuah ibu pejabat pentadbiran Islam yang dinamakan sebagai Balai Syara’. Seorang Kadi Besar telah dilantik bagi mengetuai Kadi-Kadi Wilayah dan ditempatkan di sini. Pada ketika itu wilayah-wilayah kadi yang dikuatkuasakan ialah Kuala Kangsar, Taiping, Simpang Lima, Selama, Lenggong, Ipoh, Batu Gajah, Parit, Sitiawan, Teluk Intan, Tapah dan Tanjong Malim. Kadi Besar pertama yang dilantik ialah Tuan Habib Abdullah.

Dalam tahun 1917, Komiti Quran Perak pula telah ditubuhkan bertujuan untuk mengawal dan memantau pengendalian pengajaran agama Islam di Negeri Perak. Pengerusi pertama yang dilantik ialah Sultan Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Idris Ramatullah Shah (1918-1938), yang merupakan Raja Bendahara Perak pada ketika itu. Komiti Quran Perak ini juga, turut bertindak sebagai Komiti Syariah Negeri Perak, yang bertanggungjawab dalam segala hal berkaitan dengan pentadbiran agama Islam secara umum pada masa itu termasuklah mengeluarkan kebenaran bagi penerbitan buku-buku agama, pentauliahan mengajar dan sebagainya.

Majlis Agama Islam Perak

Menjelang pertengahan tahun 1947, ketika tanah air bergolak hebat dengan perjuangan menentang Malayan Union (ditubuhkan 1 April 1946), beberapa pergerakan, pertubuhan dan persatuan telah muncul memperjuangkan semangat nasionalisme bangsa menentang penjajahan British. Antara persatuan yang begitu lantang bersuara di Negeri Perak pada ketika itu ialah Persatuan Melayu Perak. Atas inisiatif persatuan inilah maka, satu perjumpaan para alim ulama telah diadakan pada 10 Ogos 1947 bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar. Pada pertemuan itu, Dato’ Seri Ali Zaini bin Haji Muhamad Zain, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah mencetuskan idea yang bernas bagi menubuhkan sebuah pusat agama secara rasmi untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Perak.

Tanggal 21 Januari 1948, merupakan suatu detik bersejarah yang amat bermakna bagi Negeri Perak apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tasim Billah Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa (1938-1948) menandatangani suatu perjanjian dengan Sir Gerard Edward James Gent (Pesuruhjaya Tinggi British/Gabenor-Jeneral Malayan Union) yang mewakili Kerajaan British. Perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Negeri Perak 1948 tersebut, telah membawa kepada pembentukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tersebut telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 di bawah pemerintahan baginda sultan.

Dengan berkuat kuasa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri itu, hasrat untuk menubuhkan sebuah pusat pentadbiran agama Islam di Negeri Perak akhirnya dapat direalisasikan. Kuasa untuk menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dinyatakan secara jelas di bawah Fasal VI.(1) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak iaitu :

“Kepala Ugama negeri ini ialah Yang Maha Mulia, dan Yang Maha Mulia akan memerintah supaya diadakan Undang-undang untuk mengaturkan perkara-perkara ugama dan menubuhkan sebuah Majlis Ugama Islam dan ‘adat Melayu bagi menolong dan menasihatkan Yang Maha Mulia berkenaan dengan perkara-perkara yang bersabit dengan Ugama Negeri ini dan ‘adat Melayu.”

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Perak Februari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di MAIPk. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 12 Februari 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam