Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. EKSEKUTIF SALURAN PEMBAYARAN
2. KETUA JABATAN PUSAT KECEMERLANGAN

Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu, begitu sinonim dengan pengurusan zakat di Negeri Selangor. Sebagai institusi zakat yang memegang amanah, LZS (MAIS) terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang dilaksanakan efisien, efektif dan berkesan selaras dengan tuntutan syarak.

Dengan motto ‘Meneraju Perubahan’, LZS (MAIS) sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya iaitu pembayar dan penerima zakat. Dibantu dengan tenaga lebih 400 orang warga kerja serta disokong oleh 25 buah cawangan LZS di seluruh Selangor, LZS (MAIS) terus menjalankan amanah sebagai amil dan amilin yang mempunyai integriti, jujur dan telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam tempoh dua dekad penubuhannya, LZS (MAIS) meningkatkan kecemerlangannya sebagai institusi zakat yang disegani dengan sentiasa mempergiatkan gerak kerja dakwah bagi memastikan lebih ramai masyarakat menunaikan rukun Islam ini. Manakala, pengagihan zakat juga ditambah baik agar menyeluruh dan berkesan kepada lapan asnaf yang ditetapkan dalam al Quran melalui lima program pembangunan utama asnaf iaitu Program Pembangunan Sosial, Pendidikan, Ekonomi, Insan dan Pembangunan Institusi Agama.

Hari ini, LZS (MAIS) berdiri menjadi institusi zakat yang berwawasan dan mengamalkan pengurusan terbaik dalam menjana dan memartabatkan kecemerlangan bukan sahaja asnaf malahan ummah secara keseluruhannya. Ramai usahawan yang berdaya maju dilahirkan, anak-anak asnaf cemerlang dalam pendidikan dapat menyambung pengajian, keluarga mempunyai tempat perlindungan yang selesa malahan bebanan kos perubatan tinggi dapat diringankan.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor Julai 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Zakat Selangor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 13 Julai 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam