Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Sarawak. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (TEKNOLOGI MAKLUMAT) N29
2. PEMBANTU OPERASI (FUNGSI KESELAMATAN) N11

Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 15hb Ogos 1981 di bawah Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 yang merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Bintulu meliputi pembangunan, pentadbiran, pemasaran dan pembekalan perkhidmatan pelabuhan yang lengkap dan cekap dengan matlamat untuk menjadikan Pelabuhan Bintulu sebagai pusat pengangkutan dan pengedaran yang terbesar dan paling efisien di rangkaian BIMP-EAGA. Pelabuhan Bintulu memulakan operasinya pada 1hb Januari 1983.

Pelabuhan Bintulu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa yang mempunyai kedudukan yang strategik di Timur Laut Sarawak iaitu di dalam laluan di antara Timur Jauh dengan Eropah. Ia juga merupakan laluan utama ekspot gas asli cecair (LNG) dari Malaysia. Di samping itu, Pelabuhan Bintulu juga menawarkan kemudahan dan peralatan yang moden serta canggih untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair dan kering serta kargo am.

Mulai 1 Januari 1993, operasi perkhidmatan Pelabuhan Bintulu telah diswastakan di bawah Akta Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 1990 sejajar dengan Dasar Penswastaan Kebangsaan. Dengan penswastaan tersebut, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah melesenkan sebuah syarikat operasi pelabuhan iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) untuk menjalankan operasi perkhidmatan pelabuhan dan yang berkaitan dengannya di Pelabuhan Bintulu. Syarikat Bintulu Port Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 23hb Disember 1992 dan seterusnya memulakan operasinya pada 1hb Januari 1993.

Berikutan penswastaan operasi Pelabuhan Bintulu pada tahun 1993, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah disusun semula agar sejajar dengan fungsi utamanya sebagai Badan Kawalselia. Dengan ini, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi kawalselia dalam mengawasi segala aktiviti pelabuhan termasuk penggunaan kemudahan dan operasi pelabuhan oleh pengendali pelabuhan berlesen dan bertindak sebagai pemilik kepada aset hartanah, bertindak selaku fasilitator perdagangan, perancang dan pembangunan Pelabuhan. Lembaga Pelabuhan Bintulu juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan keselamatan operasi pelabuhan.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak Jun 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Pelabuhan Bintulu Sarawak. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 9 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam