Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Kelantan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah pun ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Akta 111 bertujuan menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri pengeluaran tembakau dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan Lembaga dan industri itu.

Berikutan dengan kesan persaingan perdagangan terhadap industri tembakau ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan juga polisi Kerajaan yang telah menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau serta pematuhan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan telah pun mengenal pasti satu sumber pertumbuhan baru untuk dibangunkan yang akan memberikan potensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Sehubungan itu, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan industri tembakau. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau, membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan mengadakan peraturan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Mei 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 11 Mei 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam