Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. AKAUNTAN W41
2. PENOLONG JURUTERA J29
3. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W19
4. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN OPERASI N19

Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1958 di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958. Penubuhannya adalah bagi mengawalselia juruukur-juruukur tanah berlesen dan urusan-urusan berkaitan di Malaysia.

LJT memainkan peranan penting dalam memajukan profesion ukur dengan mengimplementasikan perkembangan terkini dalam sains dan teknologi. Bagi mencapai objektif ini, Lembaga sentiasa berhubung dengan badan akademik dan profesional dari dalam dan luar negara. Juruukur-juruukur yang berkelayakan juga dijemput untuk menyertai seminar dan kursus bagi meningkatkan pengetahuan di dalam sains pengukuran dan mempromosikan pertukaran idea sesama juruukur.

Ilmu ukur adalah cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik tersebut diplot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk muka bumi semula jadi atau cipta jadi seperti bukit, sungai, jalan raya, landasan kereta api, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Jadi, ilmu ukur adalah penggambaran muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

Ilmu Ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang mengikut tujuan seperti berikut :

Ukur Kejuruteraan
Ukur Kadaster
Ukur Hidrografi
Ukur Topografi
Ukur Geodetik
Astronomi
Sistem Penentududukan Global ( GPS )
Fotogrametri
Penderiaan Jauh.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Juruukur Tanah Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Juruukur Tanah Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 21 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam