Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL & ELEKTRIKAL) J29

Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto “Pemangkin Tradisi Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan Islam Andalusia, KUIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.

KUIS tetap mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

KUIS melebarkan jaringan dan rangkaian MoU dan MoA dalam pembangunan akademik, penyelidikkan dan inovasi sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang sentiasa relevan di peringkat nasional dan antarabangsa.

KUIS tekal memartabatkan Institusi Masjid al Azhar KUIS sebagai nadi kepada ketinggian rohani, kecemerlangan ilmu, paksi pembangunan insan dan lambang kesatuan ummah melalui solat berjemaah yang membentuk ikatan persaudaraan dan kasih sayang.

Dengan kemudahan fasiliti yang kondusif, KUIS juga mengutamakan program pembangunan sahsiah yang holistik, prinsip persekitaran (bi’ah) yang solehah, pembangunan iklim Dini, ikutan yang baik (qudwah hasanah), kecemerlangan akademik dan program khidmat ummah, ke arah melahirkan warga KUIS yang memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan pembentukan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rabbul Ghaffor.

Sejajar dengan itu, KUIS dengan penuh rasa tanggungjawab menyediakan pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai tuntutan fardhu kifayah dan meletakan ketinggian ilmu sebagai asas pembangunan insan dan kemajuan negara.

Permohonan Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 19 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam