Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMANDU KENDERAAN H11 (12 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejurus selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Kementerian Pertahanan telah beroperasi dengan rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato’ Onn), Kuala Lumpur. Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama, iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Beberapa tahun kemudian, bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur bagi menempatkan pejabat-pejabat panglima dan pegawai-pgawai kanan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan yang dibina dengan kos RM122,000 itu dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada 18 Mac 1960.

Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan pembesaran angkatan tentera ke arah menguasai tanggungjawab keselamatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.

Ekoran keputusan Kerajaan British mengundurkan bala tenteranya dari rantau ini selepas 1970, Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk menyusun segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi tujuan pembesarannya. Oleh itu, kerajaan membina sebuah bangunan baru yang boleh menampung kesemua agensi Kementerian Pertahanan di bawahnya. Bangunan baru Kementerian Pertahanan sekarang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, telah di bina dengan harga RM144 juta. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada awal tahun 1982 disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai “Wisma Pertahanan” menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik mesyuarat. Kawasan persekitarannya yang dikenali sebagai “Kompleks Wisma Pertahanan” turut menyediakan beberapa kemudahan seperti auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawat), balai pengawal, menara, bilik komputer, landas helikopter, kafeteria, bangunan tempat letak kereta bertingkat, dan lain-lain.

Kementerian Pertahanan Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.

Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, iaitu Dato’ Sri Hishamuddin Hussein, dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri Dato’ Sri Abd Rahim Bakri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kementerian Pertahanan Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 9 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam