Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Ogos 2015

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Ogos 2015

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia Ogos 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2015 menampilkan jawatan kosong Penolong Pengarah DG41/42/44 (Bidang Sains) pada bulan Ogos 2015. Jawatan ini adalah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jawatan kosong Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditawarkan ini mempunyai kekosongan beberapa tempat. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Syarat Kelayakan Umum:

Calon hendaklah mengisi kelayakan seperti berikut

a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/44(KUP) yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
b) Telah disahkan dalam perkhidmatan
c) Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
d) Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi tahunan yang baik untuk (3) tahun terakhir.
e) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office ( Word, Excel,Powerpoint)

Syarat Kelayakan Khusus:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Sains.
b) Pengalaman mengajar Sains Tambahan sekolah menengah adalah satu kelebihan.
c) Mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sains sekurang-kurangnya selama 5 Tahun.

Permohonan:

(a) Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang dimuat turun melalui laman sesawang : www.moe.gov.my
(b) Borang permohonan hendaklah melalui Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.
(c) Borang permohonan hendaklah disertakan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah disahkan.
(d) Salinan sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
(e) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.

Permohonan boleh dilakukan dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 28 Ogos 2015.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam