Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia Jun 2017

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia Jun 2017

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia Jun 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia Jun 2017. Jawatan ini melibatkan seluruh negara. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. JURUTERA (AWAM) J41
2. JURUTERA (ELEKTRIK) J41
3. JURUUKUR BAHAN J41
4. JURUUKUR BANGUNAN J41
5. ARKITEK J41

Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia Jun 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Datuk Fadillah Yusof.

Visi
Menjadi organisasi terbilang di dalam pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia.

Misi
Menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang sejajar dengan keperluan negara.
Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara supaya boleh bersaing di pasaran global.
Memantap golongan profesional dan guna tenaga mahir bagi merebut peluang kerja di dalam dan luar negara.

Fungsi
Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kementerian Kerja Raya. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 14 Jun 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam