Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018

Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018

Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN E19 (10 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Visi

Memperkukuhkan dan memaksimakan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan negara bagi mencapai Wawasan 2020 dan seterusnya pasca 2010.

Merealisasikan pembentukan Negara Bersukan dengan membudayakan sukan dalam kehidupan.

Misi

Merangka perancangan yang komprehensif, memperkenalkan pendekatan yang inovatif, memperkasakan pelaksanaan projek dan program serta memantapkan keupayaaan pelaksanaan melalui penggemblengan potensi dan juga bakat dalam pembangunan belia dan sukan.

Di dalam merangka perancangan strategik dalam memastikan KBS memainkan peranan sebagai badan induk ke atas pembangunan belia dan sukan, sudah semestinya KBS perlu menentukan kumpulan sasar atau pelanggan yang perlu diberikan perkhidmatan. Penting bagi KBS untuk menentukan kumpulan sasarnya supaya lebih mudah bagi KBS merancang sesuatu program belia dan sukan yang ingin dilaksanakan serta memastikan objektif dan mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu program itu akan sampai ke kumpulan sasar.

Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:
Semua lapisan masyarakat Malaysia
Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun [Dasar Pembangunan Belia Nasional]
Para atlet Sukan Prestasi Tinggi [Akta Majlis Sukan Negara]
Agensi-Agensi Kerajaan
Pertubuhan – Pertubuhan Sukan [Akta Pembangunan Sukan 1997]
Pertubuhan – Pertubuhan Belia
Pertubuhan – Pertubuhan NGO

Borang Permohonan Jawatan Kosong Kementerian Belia dan Sukan Julai 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kementerian Belia dan Sukan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 15 Julai 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam