Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PENDAFTARAN KP19 (58 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Dharurat (Kawasan – kawasan Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas. Jabatan ini juga telah diberi fungsi tambahan iaitu untuk mendaftarkan semua peristiwa penting yang merangkumi pendaftaran kelahiran, kematian,anak angkat, perkahwinan, perceraian dan kewarganegaraan.

Semenjak penubuhannya, Jabatan ini telah berpindah ke beberapa buah bangunan di Kuala Lumpur dan Selangor. Pada awalnya, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara terletak di Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pada 1958, Ibu Pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Persekutuan Petaling Jaya untuk menampung pertambahan rekod-rekod, dokumen dan kakitangan yang meningkat.Selepas beberapa tahun, Ibu Pejabat JPN sekali lagi berpindah ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan kekal di sini sehingga sekarang. Mulai Disember 2004, Ibu Pejabat JPN ini telah beroperasi di Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara Julai 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 18 Julai 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam