Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mac 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mac 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PENGUASA KASTAM (120 KEKOSONGAN)

Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mac 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan yang berada di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan ini berfungsi sebagai pemungut cukai import atau eksport negara, JKDM telah diterajui oleh Dato’ Sri Khazali Bin Hj. Ahmad sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia, dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Dato’ Subromaniam a/l Tholasy – Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Dato’ Zulkifli Bin Yahya – Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman / GST dan Dato’ Abdul Rahman Bin Othman – Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. Dato’ Paddy Bin Abd Halim merupakan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat iaitu Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.

JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department, The Customs Department of the Kingdom of Thailand dan The Vietnam Customs ( Cục Hải quan Myanmar ).

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Mac 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 25 Mac 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam