Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Disember 2019

Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Disember 2019
Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Disember 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Disember 2019. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Bomba 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Bomba Gred KB19

Bomba jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Disember 2019

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan ‘Malayan Union Fire Services’ telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

bomba malaysia hotline

Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.

Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Tugas Bomba

Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Bomba. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 8 Disember 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam