Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019
Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019. JAIS career melibatkan lokasi Selangor. Jawatan kosong Jabatan Agama Islam Selangor 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pembantu Runding Cara Keluarga

Jabatan Agama Islam Selangor jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. JAIS vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

VISI

TERBAIK, BERTARAF DUNIA DAN DIREDHAI ALLAH S.W.T

MISI

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA MELALUI PENGURUSAN HAL EHWAL ISLAM SECARA HIKMAH, AMANAH DAN BERKESAN

MOTTO

“CEKAP, CEPAT & BERKUALITI”

OBJEKTIF

Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam.
Memperkasakan sistem pendidikan Islam bagi melahirkan modal insan yang soleh.
Memperkasakan agenda dakwah kontemporari secara holistik dan bersinergi ke arah pembentukan khaira ummah berpaksikan Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak' Ulamak dan Qiyas.
Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat Islam.
Memperkukuhkan perpaduan ummah untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharminian ummah ke arah pembentukan Baldatul Toyibatun Wa Rabbun Ghafur.
Memperkasakan teras agama Islam bagi mengukuhkan penghayatan Islam yang syumul.
Memperkasakan institusi keluarga bagi melahirkan ummah berkebajikan dan negeri sejahtera.
Memperkasakan pengurusan halal di Negeri Selangor yang lebih mesra industri, diyakini pengguna dan menonjolkan imej good governance.
Membangunkan pengetahuan dan keupayaan melalui latihan yang berprestasi tinggi bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti dan muttaqin untuk menjayakan dasar jabatan dan agenda negeri secara berkesan.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor April 2019 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di JAIS. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 5 April 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam