Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018. Iklan jawatan kosong kerajaan melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD41
2. JURUUKUR BANGUNAN J41
3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (KERANI OPERASI)

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Peluang kerja kosong mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Tan Sri Dato’ Lokman Yusof bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun. Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato’ Elyas Omar pada 1.2.1981.

Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato’ Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato’ Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.

Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Tan Sri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasnya pada 18.7.2012 sehingga 17.7.2015.

Bermula 18.7.2015 sehingga kini, jawatan Datuk Bandar kesebelas disandang oleh Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 9 Jun 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam